Sunday, June 6, 2010

Review 5: Jaja dan Din





Judul: Jaja dan Din
Penulis: Noor Suraya
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM20

Alhamdulillah, aku baru shj lepas baca Jaja dan Din. menitis juga airmata aku baca pengakhiran ceritanya. Bukan sedih tetapi airmata gembira.

Jaja dan Din menceritakan tentang Faiza=Jaja jatuh cinta pandang pertama hanya pada sekeping gambar. Selama hidupnya biarpun ada shj yg menagih kasihnya tak seorang pun yg dia layan. tapi dengan Din lain.
Jaja ni aneh sikit sebab dia boleh pula jatuh hati dekat orang yang dia tak pernah jumpa, tak tahu nama pendek kata segalanya pasal Din dia langsung tak tahu.

Setiap saat Jaja berusaha cari Din, sampai la Jaja tahu:

Nama: Burhanudin al-Helmey
Pekerjaan: Ustaz
Asal: Baling

Jaja ni memang lain betul selalu lelaki yang pinang perempuan tapi dia pula yg sibuk Dr, Badrul Hisyam dan Dr. Aqmar pinangkan Din.

Jaja ni sungguh2 CINTA dekat Din. Semua dia sanggup. Alhamdulillah, banyak yg Jaja belajar dari. Din ni seorang mualim yg baik dan penyayang. Din ni bercita-cita nak hidup secara zuhud, alhamdulillah Jaja betah hidup cara itu.

Namun, ku sangka panas hingga ke petang. rupanya hujan di tengahari. Setelah Umar lahir, hari ke-4 kelahiran anak mereka tu, Din pun melaksanakan nazar dia untuk berjuang di Afghanistan. Jaja reda dan mendoakan Din selamat pergi dan pulang.

Din:
Faiza tunggu saya pulang dalam setahun ya, kalau saya tidak pulang waktu itu, munkin saya sudah tak ada!. Faiza mesti teruskan hidup.

Jaja tetap tunggu Din hingga akhir hayatnya jika dia di takdir kan untuk hidup lebih lama.(itu janji Jaja pada dirinya) Walaupun Jaja dikhabarkan yg Din telah syahid.

Tapi itu bukan pengakhiran kisah Jaja dan Din ya. kalau nak tahu beli dan baca sendiri ya buku ni. sanagt menarik gaya penceritaannya. Kita seolah-olah mendengar Jaja sendiri yg cerita dekat kita tau.

5 bintang utk Kak Su. ('',)


Inilah cerita Jaj yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam Din nanti?


rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sisni tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat'...

Friday, June 4, 2010

Review 4: Damai


Judul: Damai
Penulis: Saidatul Saffaa, Noor Suraya, dan Syud
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.50




Ceritera 1: Damai

Pada mulanya aku ingat Damai ni tak syok. So, aku pun baca yang lain. Dah ahbis yang lain aku pun ulang baca balik kisah ni sampai habis. Ya Allah, ayat-ayat nya sangat terkesan kat hati aku. Banyak sungguh info yang aku dapat. Ceritanya berunsur keIslaman. Empat setengah bintang aku bagi. Ya terkadang kita tak mahu langsung menoleh ke belakang. Ramai orang akan cakap buat apa toleh ke belakang itu cuma sejarah. Ya, itu memang sejarah tapi ia sejarah yang amat berguna.

Baiklah. Damai menceritakan kisah Naseema ( Nas) menjejakkan kaki ke Turki bagi menyiapkan tesisnya yang berkisat tentang Kerajaan Uthmaniyah. Dekat sana dia tinggal dengan Pakcik Fateh. Pakcik dan keluarganya sangat baik dengan Nas.
Nas dah jatuh hati dekat seorang pemuda Turki ni , Sadiq. Sadiq la orang pertama yang dia jumpa dan tolong Nas masa mula-mula sampai kat Turki. Tapi lama-lama dia Nampak keburukan Sadiq walaupun dlaam hati dia masih ada rasa sayang kat Sadiq. Nas ni sampai lari-lari dari sadiq. Dalam masa Nas lari tu lah dia mula tersedar yang dia kurang mendalami Islam. Maka dia pun berusaha untuk memperbaiki dirinya. Alhamdulillah. Saya rasa cerita ni buat kita tersedar akan tanggungjawab kita terhadap Allah dan diri sendiri.

Penamatnya sangat menarik. Tahniah kepada kak Saidatul Saffaa kerana berjaya membawa saya ke negara yang famaous dengan Aya Sofia. Terbayang-bayang keindahan  tempat tu ditambah pula dengan tulip. Saya suka tulip kuning.

Ceritera 2: Yang Jauh dipulau

Comel betul cerita ni. Piyah jatuh suka dekat Piyan masa balik ke kampungnya di Langkawi. Tapi dia jadi patah hati bila tahu abang Piyan nak kahwin. Terus je dia nak balik ke Kuala Lumpur, merajuk. Selepas dua tahun, dia balik semula ke kampong , jenguk tok Piyah. Teringat kisah lama. Piyah cuba cari Piyan tapi tak jumpa. Kali ni baru dia tahu rupanya bukan Piyan yang kahwin abang dia; Robby Sugara. Sebab nama dia ni pelik maka semua org panggil dia abg Piyan. Piyah dah salah faham di sini.

Hmmm..nak tahu kesudahannya ken abaca la dulu. Semua kerana sebuah buku resepi. Selamat memasak. (‘’,)

Ceritera 3: Langit...tetap biru

Cerita ni ok juga, ceritanya berkisar cinta dalam diam. Zahra ni suka dekat Fikri Adlan ni. Tapi jejaka tu tak pernah tahu pun. Zahra suka menulis (mcm aku juga) dalam cerita kat blog dia, Zahra ada guna nama fikri sebagai watak dia. Fikri terjumpa blog Zahra. 

Cerita Zahra lebih kurang sama dengan realiti Fikri. Terpana si Fikri sebentar. Kemudian mereka dapt bertemu muka. Zahra masih takut-takut, bukan apa takut kalau Fikri salah kan dia sebab cerita tu. Pelbagai peristiwa berlaku antara mereka walaupun ada yang nak mengelak dan ada yang nak mencuba.

 Zahra dan Fikri bersatu atau tidak? hmmmm...anda perlu baca cerita ni.okey!