Sunday, February 6, 2011

Review 7: Seikat Kembang Merah



Judul: Seikat Kembang Merah
Penulis: Imaenn
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM20

Sinopsis Belakang Novel:

Ketika aku melangkah keluar, ada yang tertinggal si sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sebagai gantinya aku membawa bersama wajahnya,
dan rindu padanya- Nur Tahani gadis bertudung labuh.

Aku memang jatuh cinta pada dia.
"Bidadari', versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak
digandingkan dengan orang beriman.

Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan
terlahir dalam gedung Gucci seperti Nina mahukan aku?
Dia hanya layak bersanding dengan lelaki kategori
'arreviste-hooray-henry'.Sedangkan aku hanya lelaki terbuang.
Kelas kambing! Pariah! Dalit!

Benarkah, kalau cantik itu pintu kepada cinta, setiap lelaki
kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?

Lalu aku membuang dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa-apa lagi untuk rugi. sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.

Actio-romantik novel dalam nada dan gaya yang berbeza dari biasa.

Review 6: Jet Jonah


Judul: Jet Jonah
Penulis: Ika Madera
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21

Sinopsis Belakang Novel:

London, 2007
 "Tak ada apa pelan!'
 'Whoaaa whoaaa, kau dah suruh aku bangun pagi-pagi datang ke sini! terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!'
 'Habis tu?
 ' Kita pergi jalan-jalan!' uusl Jet
 'Ahah! Biar Kapten jet jadi pemandu pelancong anda hari ni ya?'
 Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala suara Captain Planet pula. Kertun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahulu!

Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudiikan hati itu ke hati ini!


1 Syawal, 1428

Cantiknya Jonah berbaju kurung merah jambu. cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. rupanya, hati Ikhwan yg dipautnya.
  'Izzat, dengar tak apa emak cakap ni? Senyap saja kamu?'
 'Tak dengar. Maaf, Izzat penat sangat rasanya.'
 'Hmm...berehatlah. tak pergi ke mana-mana ke hari ini?
 ' Rumah Kak Melati tadi'
 ' Ohhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?'


Sihatlah emak! Orang lain bahagia bercinta, anak emak yang merana sekarang ini!




::Pada pendapat aku, novel ni lawak dan penuh dengan kasih sayang. kadang-kadang kita rasa tak dak orang boleh terima kita seadanya. Allah itu Maha Kaya setiap insan di lahirkan untuk di cintai dn di sayangi. Hanya org yg mampi berfikir sedalamnya dan melihat pada sisi lain yg orang lain tidak bisa melihat sisi itu. Maka cinta dan kasih sayang itu menjadi unik.
Dalam novel juga ada menyentuh serba sedikit ttg persediaan kita sebagai seorang hamba agar sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu agama. Kerana ilmu agama itu penting utnuk mendidik jiwa, mendidik isteri, dan anak-anak. Tak kira lah siapa pun kita, peranan sebagai seorang hamba tak pernah lari untuk mendalami ilmu agama demi mendekatkan diri kepada ILAHI.

Selamat datang kepada Ika Madera.



::Membaca Jambatan Ilmu::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Lama betul saya tak menulis di sini. Maaf tak sempat. Novel dan Buku banyk di bc namun masa tak mengizinkan saya utk menconteng di sini.
Pada fikiran saya, kalian juga membaca pelbagai jenis bahan bacaan kan?
sama-sama la kita berkongsi apa yang baik dan bagus serta berfaedah.
Kerna Membaca itu Jambatan Ilmu.
Biarpun kita masih di Malaysia tanah tumpah darah, kita masih berpeluang mengetahui keadaan sekelililing hatta jauh ke kutub utara mahaupun selatan dengan hanya membaca.
Namun pastikan bacaan itu berfaedah dan bermanfaat utk kalian ya.
(^_^)