FHS :Cabaran 50 Buku : (6) GRRR…GERAMNYA
Tajuk: GRRR…GERAMNYA
Pengarang: Feeza
Penerbit: Jemari Seni
Muka surat: 527 muka
Blurb belakang novel:
Senario 1:
‘Gaji awak naik
berapa?’
“Cukup makan aje,” jawab Chan dengan nada sedih.
Yahuuu!!! Kalau
bernada sedih pasti kenaikan gaji Chan lebih rendah daripada aku.
“Tahulah sikit. Tapi berapa?”
“Lima belas peratus aje”. Chan menjawab soalan aku dengan
nada bersahaja.
“Apa???”
Senario 2:
Selepas sejam aku keluar ke ruang m enungg untuk bertanya. “
Lama lagi ke?”Grrr…aku menahan marah.
“Oh, maaf. Mr. Mai
masih di KL,” jawab Fiona.
Empat jam kemudian. “Cik Sheila di mana? Mr. Mai sudah sampai.”
Hah! Baru nak sampai? Kalaulah aku ni pecah ketuban sebab
nak beranak sudah lahir bayi aku.
Ila sentiasa marah.
Ila sentiasa grrr… peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serba
tak kena. Yang betul Nampak salah. Yang salah sudah tentunya salah.
Suatu hari…
“Hello, saya Firdaus.”
Dengan beraninya lelaki itu memperkenalkan dirina.
“Kerja di mana?”
Nak jawab apa? Nak mengaku
menganggur malu. Nak tipu takut kantoi. Nak mereka-reka cerita aku tak mahir.
“Maaf. Saya nak jumpa
kawan kejap.” Aku minta diri dengan sopan. Alasan saja tu.
……………………………………………………………………
Sheila
Sheila berkhidmat sebagai officer di LanHua Corporation (M)
Sdn Bhd.Dia merupakan seorang pekerja yang berdedikasi dan rajin. Namun, hujan
di tengah hari membuat kan Sheila berhenti kerja. Di sebabkan geram dengan
tindakan majikannya menaikkan peratusan
gajinya kurang dari pekerja yang lain membuatkan Sheila menulis surat
perletakan jawatan. Surat itu di hantar oleh Chan yang agak penyibuk orangnya
kepada Mr Lee. Akibat tidak mahu menjilat balik ludah, Sheila mengemaskan
barang dan meninggalkan pejabat walaupun Mr Lee memujuknya untuk tidak
berhenti.
Sheila merupakan seorang wanita yang kurang penyabar. Jika
pada pandangannya sesuatu perkara itu tidak betul maka tidak betul lah perkara
itu. Walaupun sebenarnya perkara itu betul jika di lihat dari sudut pandangan
yang lain. Pada Sheila sesuatu perkara itu hanya perlu di lihat dengan satu
pandangan sahaja iaitu ‘Pandangan seorang Sheila sahaja’. Suatu kejadian telah
menggerakkan hati seorang Sheila untuk berubah. Apakah peristiwa itu?
Firdaus
Hadir dalam hidup Sheila sebagai PI. Akhirnya mereka menjadi
kawan. Sheila senang berbual dengan Firdaus. Firdau sentiasa ada apabila Sheila
memerlukan pertolongan atau sebagai seorang pendengar luahan rasanya.
Komentar saya:
Pada pendapat saya, Grrr…geramnya
merupakan sebuah karya yang menggunakan kata ganti diri pertama dalam
penceritaannya. Sheila seperti bercerita tentang dirinya kepada diri kita,lalu
kita senang untuk memahaminya. Feeza seorang penulis baru mengangkat isu pemarah,
baran, lewa atau lalai dan tidak/kurang sabar dalam karyanya. Ya,
sebagai manusia kita tidak terlepas dari sikap ini bukan? Acapkali kita
meradang tak tentu pasal tanpa bersoal selidik terlebih dahulu. Grrr…geramnya
membawa kita menelusuri peristiwa-peristiwa yang sering berlaku dalam kehidupan
seharian kita.
Grrr…geramnya mempunyai plot cerita yang amat panjang
sebelum sampai kepada klimaksnya. Namun, jangan lekas bosan kerana kejadian dan
peristiwa dalam cerita ini mampu memberi iktibar kepada kita.
Kita lekas menuding jari kepada orang lain apabila sesuatu
perkara itu tidak senang di mata kita. Pada hal kita tidak pernah memikirkan
sedalam-dalamnya sebab musabab sesuatu peristiwa itu berlaku. Sepatutnya kita
bermuhasabah diri. Seperti Sheila yang sentiasa merasakan dirinya sahaja yang
baik dan betul. Pada Sheila –Mas tidak baik tapi dia lupa yang dia juga bukan
hambaNYA yang taat. Sheila sering melupakan Yang Esa. Tepuk dada tanya iman. Mahukah kita menjadi seorang yang tidak
bersyukur dengan nikmatNYa?
Saya juga terkesan dengan isu ini. Akhir-akhir ini saya
cepat marah. Dan bila seorang diri saya bermuhasabah. Saya bertanya pada diri
mengapa api kemarahan itu cepat timbul? Saya telah mendapat jawapannya. Mungkin
terlalu sibuk dengan dunia membuat saya kurang berlama-lama di tikar sejadah,
solat di hujung waktu, pemilihan kawan juga penting. Jagalah hubungan dengan
Allah dan ibu bapa. Banyakkan beristighfar. Semoga sekeping hati itu cepat
sejuk.
Ketika marah;
Jika sedang
berdiri duduklah
Jika sedang
duduk berbaringlah
Jika masih
belum kurang berwudhuk lah
Kerana air
wudhuk itu pemadam api syaitan