Friday, November 11, 2011

FHS :Cabaran 50 Buku : (7) Dikau Tak Pernah Jauh




FHS :Cabaran 50 Buku : (7) Dikau Tak Pernah Jauh
Tajuk: Dikau Tak Pernah Jauh
Pengarang: Nur Hatija
Penerbit: Jemari Seni
Muka surat: 427 muka
ISBN: 978-967-5118-69-2

Sinopsis belakang novel:
Letaklah Allah pada cinta yang paling utama. Cinta terhadap manusia tidak salah tetapi biarlah selari dengan kehendak agama…
Apakah erti cinta?
Cinta hanyalah omong kosong pada yang tidak sanggup berkorban demi cinta!

Kerana cinta Fadhil meninggalkan kebahagiaan dunia dan belajar hidup zuhud.
Kerana cinta, Halina sanggup kehilangan kasih anak-anak.
Kerana cinta, Firdaus tenggelam dalam pelukan dunia; dan kerana cinta akan Firdaus, Mardhiah sabar  menunggu.

“Janji dengan saya, awak akan tunggu saya,” ucap Firdaus.
“Awak pun berjanji dengan saya. Jangan pernah melarikan diri daripada saya,” balas Mardhiah.

Tapi, kenapa kini Firdaus jadi lupa pada kata-kata yang pernah dia ucapkan dahulu? Mampukah merekan kenal erti cinta sebenar? Mampukah mereka berkorban demi mencari nikmat cinta itu?

Komentar saya:
Pada pandangan saya,  novel Dikau Tak Pernah Jauh mengangkat nilai keikhlasan  terhadap setiap perbuatan kita. Jangan kita berbuat sesuatu kebaikan itu untuk mengambil hati orang lain. Tapi lakukan ia kerana Allah.

Baiklah di sini saya ingin bercerita sedikit tentang watak yang terdapat dalam novel ini. Firdaus seorang anak yang taat kepada ayahnya. Setiap perkara baik yang di suruh dan di ajar oleh ayahnya dilakukan.  Terkadang Firdaus tertanya-tanya juga kelebihan setiap perlakuan yang di anjurkan ayahnya. Ayahnya sentiasa tahu setiap yang bermain di fikiran anaknya. Dia akan menjelaskan dengan baik kepada anak-anaknya. Namun, semua itu berubah setelah ayah dan adiknya meninggal dunia. Bertemu ibu yang telah terpisah lama di tambah dengan kehidupan yang serba senang membuat Firdaus tersasar.  Untuk mengetahui kesudahannya kawan-kawan kena lah beli novel ni. 

Cuma di sini saya ingin mengatakan bahawa setelah Firdaus berubah setelah melalui liku hidup yang tersasar itu, dan melalui suatu peristiwa. Dia mula menilai kembali keikhlasan hatinya dalam setiap perkara yang dia telah lakukan sebelum ini. Dan ternyata Allah itu tidak pernah melupakan hambaNYA malah hambaNYA lah yang sering melupakanNYA. Sejajar dengan tajuknya Dikau Tidak Pernah Jauh, Allah menghantar insan lain untuk membantu kita memperbetulkan keadaan diri kita yang khilaf ini.

Oleh itu, jangan kita pernah merasakan Allah itu jauh. Dekatkan lah diri kita denganNYA, jadilah kekasihNYA. Apabila kita dekat dengan Allah maka orang lain juga akan mendekat dengan kita. Seperti aura kasih sayang bukan? Jadi tepuk dada tanya iman.

^_^ Selamat membaca!