Wednesday, October 22, 2014

Buku Baru di Rak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak beberapa bulan ni saya dah baca banyak novel. Namun demikian, saya masih belum berpeluang membuat review ke atas novel-novel tersebut.

Berikut antara novel-novel saya telah baca:

1. Salina - A. Samad Said
2. kekasih Waktu - Noor Suraya
3. Rokestra Mat dan Minah - Imaen

dan ada lagi sebenarnya. Yang tersenarai di atas tu baru-baru ini saya baca jadi ingat lagi tajuknya. Nanti ada masa yang betul-betul senggang dan panjang saya buat review. Insya Allah.

Semoga berjumpa lagi.

^_^

Monday, November 19, 2012

Review 10: Coklat (yang manis)





Judul: Coklat (yang manis)
Penulis: JohnNorafizan
Terbitan: JS Adiwarna Publications and Distributors Sdn. Bhd
Harga: RM22 (Sem. Malaysia), RM25 (Sabah&Sarawak)





Blurp belakang buku:

Inikah cinta?
Untuk terbang tanpa sepasang sayap, melangkah tanpa sepasang kaki,
meruntuhkan halangan satu per satu, lalu bersatu menggapai mimpi...

(i)
Kasihan Aliya, menjadi anak BUKAN kesayangan keluarga membuatnya terpaksa menguatkan hatinya. Apatah lagi, hatinya sering terluka dengan sikap pilih kasih keluarga. Namun hidupnya berubah apabila Ariana, kakak kesayangannya selama ini menjadi idola dan kebanggaan keluarga tiba-tiba berperangai aneh dan membingungkan Aliya. Si kakak yang sepatutnya berkahwin dengan Abang Zul Kembang tiba-tiba menghilangkan diri.

Aliya Jaafar gadis manis yang gemar menulis ini sedang menyiapkan sebuah manuskrip berjudul Dunia Langka Suka. Namun, tanpa disangka-sangka tulisannya telah dibaca senyap-senyap oleh Amirul.Inilah punca Aliya marah pada Amirul, ditambah pula Si Koko, kucing Aliya yang hilang itu ada pula bersama amirul. Lalu, Amirul telah dituduh sebagai pencuri kucing! Tapi....lama kelamaan perseteruan bertukar menjadi sebuah persahabatan yang indah.

Amirul tiba-tiba ingin ke Itali untuk belajar membuat biola. Aliya sangat sedih. Cukupkah sepucuk surat dan gelang kulit karang laut yang cantik sebagai pengganti diri, Amirul?

(ii)
Ah, aku tidak peduli! Cuma ada satu perkara sahaja yang aku peduli! Er...tiga perkara sebenarnya.....
Amirul.Amirul.Amirul
Amirul dalam kepala.
Amirul dlaam hati.
Amirul dalam kenangan.

Friday, August 3, 2012

Tazkirah Ramadhan



Tazkirah Ramadan bersama Akmal & Fend:

"Aku lagi suka celebrate Ramadan kat sini sebenarnya. Roh Ramadan tu lagi terasa kat sini sebenarnya. Erti Ramadan sebenar tu, baru betul-betul rasa kat sini. Kat Malaysia sekarang ni aku rasa Ramadan tu dah jadi lebih kepada benda budaya."
"Maksud kau?" Kening Fend terangkat sebelah.
"Ramadan tu bukannya diertikan dengan bazar Ramadan. Bukan diertikan dengan malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di tv. Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadan kat Malaysia."
Fend diam sejenak. Memikir. Memang betul pun apa yang Akmal cakap tu. Lambat-lambat kepala dianggukkan.
"Orang dah hilang erti Ramadan tu sendiri. Bagi aku Ramadan tu purification. Penyucian. Kira penyucian by all means and senses of the word."
"Hmm?"
"Kalau kita tengok apa yang orang kita faham, banyak benda yang dah bercampur." Akmal menerangkan. "Contohnya kalau buat sambutan berbuka puasa. Memang la bagus nak meraikan buka puasa tu. Tapi cara nak meraikan tu pun kena la appropriate jugak. Yang kita tengok kebanyakan orang buat sambutan buka puasa ni campur je lelaki perempuan dah gaya orang catching up dekat mapley pun ada. Pergaulan tak jaga, layan dengan sembang-sembang kosong... patutnya boleh buat pahala tapi dah tak jadi makna apa la kalau dah macam tu gayanya." Panjang lebar Akmal menuturkan pandangannya. "Mungkin la akan ada orang kata aku ekstrem ke apa, tapi tu kenyataan. Siapa kita nak menolak hukum Tuhan?"

Petikan daripada novel Contengan Jalanan, karya Hlovate; halaman 161-162



Mr Google. 

Source: Jemariseni

Friday, November 11, 2011

FHS :Cabaran 50 Buku : (7) Dikau Tak Pernah Jauh




FHS :Cabaran 50 Buku : (7) Dikau Tak Pernah Jauh
Tajuk: Dikau Tak Pernah Jauh
Pengarang: Nur Hatija
Penerbit: Jemari Seni
Muka surat: 427 muka
ISBN: 978-967-5118-69-2

Sinopsis belakang novel:
Letaklah Allah pada cinta yang paling utama. Cinta terhadap manusia tidak salah tetapi biarlah selari dengan kehendak agama…
Apakah erti cinta?
Cinta hanyalah omong kosong pada yang tidak sanggup berkorban demi cinta!

Kerana cinta Fadhil meninggalkan kebahagiaan dunia dan belajar hidup zuhud.
Kerana cinta, Halina sanggup kehilangan kasih anak-anak.
Kerana cinta, Firdaus tenggelam dalam pelukan dunia; dan kerana cinta akan Firdaus, Mardhiah sabar  menunggu.

“Janji dengan saya, awak akan tunggu saya,” ucap Firdaus.
“Awak pun berjanji dengan saya. Jangan pernah melarikan diri daripada saya,” balas Mardhiah.

Tapi, kenapa kini Firdaus jadi lupa pada kata-kata yang pernah dia ucapkan dahulu? Mampukah merekan kenal erti cinta sebenar? Mampukah mereka berkorban demi mencari nikmat cinta itu?

Komentar saya:
Pada pandangan saya,  novel Dikau Tak Pernah Jauh mengangkat nilai keikhlasan  terhadap setiap perbuatan kita. Jangan kita berbuat sesuatu kebaikan itu untuk mengambil hati orang lain. Tapi lakukan ia kerana Allah.

Baiklah di sini saya ingin bercerita sedikit tentang watak yang terdapat dalam novel ini. Firdaus seorang anak yang taat kepada ayahnya. Setiap perkara baik yang di suruh dan di ajar oleh ayahnya dilakukan.  Terkadang Firdaus tertanya-tanya juga kelebihan setiap perlakuan yang di anjurkan ayahnya. Ayahnya sentiasa tahu setiap yang bermain di fikiran anaknya. Dia akan menjelaskan dengan baik kepada anak-anaknya. Namun, semua itu berubah setelah ayah dan adiknya meninggal dunia. Bertemu ibu yang telah terpisah lama di tambah dengan kehidupan yang serba senang membuat Firdaus tersasar.  Untuk mengetahui kesudahannya kawan-kawan kena lah beli novel ni. 

Cuma di sini saya ingin mengatakan bahawa setelah Firdaus berubah setelah melalui liku hidup yang tersasar itu, dan melalui suatu peristiwa. Dia mula menilai kembali keikhlasan hatinya dalam setiap perkara yang dia telah lakukan sebelum ini. Dan ternyata Allah itu tidak pernah melupakan hambaNYA malah hambaNYA lah yang sering melupakanNYA. Sejajar dengan tajuknya Dikau Tidak Pernah Jauh, Allah menghantar insan lain untuk membantu kita memperbetulkan keadaan diri kita yang khilaf ini.

Oleh itu, jangan kita pernah merasakan Allah itu jauh. Dekatkan lah diri kita denganNYA, jadilah kekasihNYA. Apabila kita dekat dengan Allah maka orang lain juga akan mendekat dengan kita. Seperti aura kasih sayang bukan? Jadi tepuk dada tanya iman.

^_^ Selamat membaca!

Sunday, September 4, 2011

FHS :Cabaran 50 Buku : (6) GRRR…GERAMNYA



FHS :Cabaran 50 Buku : (6) GRRR…GERAMNYA
Tajuk: GRRR…GERAMNYA
Pengarang: Feeza
Penerbit: Jemari Seni
Muka surat: 527 muka

Blurb belakang novel:

Senario 1:
Gaji awak naik berapa?’
“Cukup makan aje,” jawab Chan dengan nada sedih.
Yahuuu!!! Kalau bernada sedih pasti kenaikan gaji Chan lebih rendah daripada aku.
“Tahulah sikit. Tapi berapa?”
“Lima belas peratus aje”. Chan menjawab soalan aku dengan nada bersahaja.
“Apa???”

Senario 2:
Selepas sejam aku keluar ke ruang m enungg untuk bertanya. “ Lama lagi ke?”Grrr…aku menahan marah.
“Oh, maaf. Mr. Mai masih di KL,” jawab Fiona.
Empat jam kemudian. “Cik Sheila di mana? Mr. Mai sudah sampai.”
Hah! Baru nak sampai? Kalaulah aku ni pecah ketuban sebab nak beranak sudah lahir bayi aku.
Ila sentiasa marah. Ila sentiasa grrr… peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serba tak kena. Yang betul Nampak salah. Yang salah sudah tentunya salah.
Suatu hari…
“Hello, saya Firdaus.” Dengan beraninya lelaki itu memperkenalkan dirina.
“Kerja di mana?”
Nak jawab apa? Nak mengaku menganggur malu. Nak tipu takut kantoi. Nak mereka-reka cerita aku tak mahir.
“Maaf. Saya nak jumpa kawan kejap.” Aku minta diri dengan sopan. Alasan saja tu.
……………………………………………………………………

Sheila

Sheila berkhidmat sebagai officer di LanHua Corporation (M) Sdn Bhd.Dia merupakan seorang pekerja yang berdedikasi dan rajin. Namun, hujan di tengah hari membuat kan Sheila berhenti kerja. Di sebabkan geram dengan tindakan majikannya menaikkan  peratusan gajinya kurang dari pekerja yang lain membuatkan Sheila menulis surat perletakan jawatan. Surat itu di hantar oleh Chan yang agak penyibuk orangnya kepada Mr Lee. Akibat tidak mahu menjilat balik ludah, Sheila mengemaskan barang dan meninggalkan pejabat walaupun Mr Lee memujuknya untuk tidak berhenti.  
Sheila merupakan seorang wanita yang kurang penyabar. Jika pada pandangannya sesuatu perkara itu tidak betul maka tidak betul lah perkara itu. Walaupun sebenarnya perkara itu betul jika di lihat dari sudut pandangan yang lain. Pada Sheila sesuatu perkara itu hanya perlu di lihat dengan satu pandangan sahaja iaitu ‘Pandangan seorang Sheila sahaja’. Suatu kejadian telah menggerakkan hati seorang Sheila untuk berubah. Apakah peristiwa itu?

Firdaus

Hadir dalam hidup Sheila sebagai PI. Akhirnya mereka menjadi kawan. Sheila senang berbual dengan Firdaus. Firdau sentiasa ada apabila Sheila memerlukan pertolongan atau sebagai seorang pendengar luahan rasanya.

Komentar saya:

Pada pendapat saya, Grrr…geramnya merupakan sebuah karya yang menggunakan kata ganti diri pertama dalam penceritaannya. Sheila seperti bercerita tentang dirinya kepada diri kita,lalu kita senang untuk memahaminya. Feeza seorang penulis baru mengangkat isu pemarah, baran, lewa atau lalai dan tidak/kurang sabar dalam karyanya. Ya, sebagai manusia kita tidak terlepas dari sikap ini bukan? Acapkali kita meradang tak tentu pasal tanpa bersoal selidik terlebih dahulu.  Grrr…geramnya membawa kita menelusuri peristiwa-peristiwa yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Grrr…geramnya mempunyai plot cerita yang amat panjang sebelum sampai kepada klimaksnya. Namun, jangan lekas bosan kerana kejadian dan peristiwa dalam cerita ini mampu memberi iktibar kepada kita.
Kita lekas menuding jari kepada orang lain apabila sesuatu perkara itu tidak senang di mata kita. Pada hal kita tidak pernah memikirkan sedalam-dalamnya sebab musabab sesuatu peristiwa itu berlaku. Sepatutnya kita bermuhasabah diri. Seperti Sheila yang sentiasa merasakan dirinya sahaja yang baik dan betul. Pada Sheila –Mas tidak baik tapi dia lupa yang dia juga bukan hambaNYA yang taat. Sheila sering melupakan Yang Esa. Tepuk dada tanya iman. Mahukah kita menjadi seorang yang tidak bersyukur dengan nikmatNYa?

Saya juga terkesan dengan isu ini. Akhir-akhir ini saya cepat marah. Dan bila seorang diri saya bermuhasabah. Saya bertanya pada diri mengapa api kemarahan itu cepat timbul? Saya telah mendapat jawapannya. Mungkin terlalu sibuk dengan dunia membuat saya kurang berlama-lama di tikar sejadah, solat di hujung waktu, pemilihan kawan juga penting. Jagalah hubungan dengan Allah dan ibu bapa. Banyakkan beristighfar. Semoga sekeping hati itu cepat sejuk.

Ketika marah;
Jika sedang berdiri duduklah
Jika sedang duduk berbaringlah
Jika masih belum kurang berwudhuk lah
Kerana air wudhuk itu pemadam api syaitan

Saturday, August 13, 2011

*Keputusan Cabaran 50 Buku: Julai 2011*

Salam Ramadhan. Apa khabar semua. Harap semua sihat-sihat belaka. Baiklah, kali ini saya ingin mengumumkan keputusan 10 ulasan terpilih untuk bulan Julai. Sebenarnya keputusan ini saya ambil dari sini. Tujuan saya meletakkan keputusan ini pada entri kali ini adalah untuk mengajak kawan2 yang gemar membaca untuk menyertai pertandingan Cabaran 50 Buku 2011anjuran Jemari Seni. Jangan tak tahu saya juga menyertai cabaran ini.

Baiklah, lets check it out!!

Senarai nama pemenang yang dipilih oleh panel.(Nama adalah tidak mengikut urutan)

1. Aimie - Hanya Dia Sufi
4. FZ - Sweet Sour
5. FHS - Quartet
7. MB - Kentang

Rewind:
 Saya mula join pertandingan ni since penghujung April atau awal Mei( ingat-ingat lupa) tapi yang pasti bukan dari Januari 2011 tau. Sepanjang itu, saya dah dua kali tersenarai sebagai pemenang bulanan untuk resensi buku ni.(kalau nk bc resensi say kat sini dan di sini). Terima kasih kepad para panel dan pihak Jemari Seni. ^_^




p/s:
Kepada kawan2 jangan lupa join eh. Hee.


Membacakan Jambatan Ilmu.

Tuesday, August 9, 2011

*Peraduan Mari-mari Baca JS-minggu kedua*

PERHATIAN!!! 

Kepada penggemar novel, kali ini Jemari Seni telah melancarkan Peraduan Mari-mari Baca JS -minggu kedua. Pada minggu ini pihak Jemari Seni menghendaki rakan-rakan yang ingin menyertai peraduan ini membaca novel terbaru mereka Nuansa Kota Merah karya Khairyn Othman.

Kepada rakan-rakan yang ingin menyertai peraduan ini boleh la ke sini

Berikut adalah Terma dan Syarat peraduan. Check it out!!


1. Hadiah berupa sebuah novel terbitan baharu akan diberi kepada DUA pemenang ulasan terbaik.

2. Judul novel yang akan diulas akan diberitahu seminggu sebelum penyertaan dibuka di Facebook Jemari Seni.
3. Ulasan perlulah ringkas, padat dan menarik
4. Ulasan perlu dibuat dalam ruangan komen di Facebook.
5. Seorang hanya boleh memberikan ulasan sekali sahaja.
6. Ulasan haruslah dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
7. Tempoh penyertaan ialah Isnin-Ahad dan keputusan akan diumumkan pada hari Isnin berikutnya. Peraduan bermula 15 Ogos 2011 ~ 21 Ogos 2011.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA SEMUA!!