FHS :Cabaran 50 Buku : (2) Langsir Biji Remia
Tajuk: Langsir Biji Remia
Pengarang: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni
Muka surat: 263 muka
Sinopsis belakang novel:
Kalau hati ini sebatang pena,tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna, lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?
Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.
Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?
Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada DIA
…………………………………….
Duha Hafa
Duha Hafa; rupa seindah nama. Mengalir darah Melayu-Gujerat dalam dirinya. Anak tunggal kepada seorang doktor haiwan dan bekas jururawat. Padanya segala kasih di tumpah kan. Namun, Duha bukanlah di manja seperti mana ibubapa pada zaman ini memanjakan anak mereka dengan kemewahan harta benda semata. Duha sememangnya seorang anak yang tabah. Tapi hati kita ni kan terkadang cepat aja rasa rendah diri dengan kekurangan kita kan? Saya rasa Duha itu adalah saya. Oh, LBR bagi kesan yang mendalam terhadap diri saya. Tragedi yang telah menyebabkan wajah Duha melecur.Ya, hal inilah membuatkan si manis Duha memakai purdah.
Umair
Umair jiran lama kepada Duha Hafa, menyimpan perasaan kepada Duha sejak berumur 13 thn. Walaubagaimanpun perasaan sayang dan suka itu telah bertukar. Umair tidak dapat menelah perasaannya sendiri selepas Duha memperlihatkan mukanya kepadanya. Semenjak itu Umair menjauhkan diri daripada Duha.
Muhsin
Kehadirannya tanpa dipinta.Namun beliau punya hati yang tulus. Tidak berputus asa walaupun telah ditolak oleh Duha Hafa. Rencana Allah tiada siapa yang tahu. Sekali lagi dia melamar Duha. Terimakah Duha Hafa atas lamaran yang kedua ini?
Komentar saya:
Usai membaca Langsir Biji Remia ni membuat saya untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Ya, terkadang kita alpa dengan keindahan dan kesempurnaan pada mata kasar. Kita acapkali meninggalkan atau langsung tidak mahu memandang walau hanya sebelah mata tatkala kebaikan itu datangnya dari orang yang buruk rupanya. Manusia mudah sekali lupa pada penilaian Tuhan. Dalam menjalani kehidupan ini kita sebenarnya perlu bermuhasabah,benarkah yang cantik fizikal itu akan kekal lama? Atau cantik yang bagaimanakah perlu kita cari dan miliki?
Bohong la kalau saya cakap saya suka orang yang rupanya buruk atau hodoh. Semua orang suka benda yang cantik kan? Apa yang saya dapat setelah membaca Langsir Biji Remia kita sebenarnya perlu mendidik jiwa kita menjadi cantik terlebih dahulu. Kerana apabila jiwa kita cantik maka luaran kita juga akan cantik dengan sendirinya.
Sesungguhnya kecantikan itu kan subjektif. Jadi kepada rakan-rakan yang mencari bahan bacaa yang santai tapi penuh dengan nasihat yang tersirat, jangan lupa dapatkan Langsir Biji Remia ya.
Selamat membaca!
^_^
Salam Sayang,