Assalamualaikum.
Saya kira dh berhabuk bersawang dah blog saya ni. Lama tak update. Banyak asgmn yg menunggu. Biasalah kehidupan sebagai seorang pelajar. Tapi sesibuk mana pun saya, masih tak lupa untuk membaca barang sebuah buku. Sepanjang saya tak update blog ni byk dah buku yang saya baca. Jadi harap kalian dapat menunggu barang sebentar untuk saya update. MUngkin cuti raya ni. Insya allah. Semoga Allah memberkati.
Friday, August 27, 2010
Sunday, June 6, 2010
Review 5: Jaja dan Din
Judul: Jaja dan Din
Penulis: Noor Suraya
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM20
Alhamdulillah, aku baru shj lepas baca Jaja dan Din. menitis juga airmata aku baca pengakhiran ceritanya. Bukan sedih tetapi airmata gembira.
Jaja dan Din menceritakan tentang Faiza=Jaja jatuh cinta pandang pertama hanya pada sekeping gambar. Selama hidupnya biarpun ada shj yg menagih kasihnya tak seorang pun yg dia layan. tapi dengan Din lain.
Jaja ni aneh sikit sebab dia boleh pula jatuh hati dekat orang yang dia tak pernah jumpa, tak tahu nama pendek kata segalanya pasal Din dia langsung tak tahu.
Setiap saat Jaja berusaha cari Din, sampai la Jaja tahu:
Nama: Burhanudin al-Helmey
Pekerjaan: Ustaz
Asal: Baling
Jaja ni memang lain betul selalu lelaki yang pinang perempuan tapi dia pula yg sibuk Dr, Badrul Hisyam dan Dr. Aqmar pinangkan Din.
Jaja ni sungguh2 CINTA dekat Din. Semua dia sanggup. Alhamdulillah, banyak yg Jaja belajar dari. Din ni seorang mualim yg baik dan penyayang. Din ni bercita-cita nak hidup secara zuhud, alhamdulillah Jaja betah hidup cara itu.
Namun, ku sangka panas hingga ke petang. rupanya hujan di tengahari. Setelah Umar lahir, hari ke-4 kelahiran anak mereka tu, Din pun melaksanakan nazar dia untuk berjuang di Afghanistan. Jaja reda dan mendoakan Din selamat pergi dan pulang.
Din:
Faiza tunggu saya pulang dalam setahun ya, kalau saya tidak pulang waktu itu, munkin saya sudah tak ada!. Faiza mesti teruskan hidup.
Jaja tetap tunggu Din hingga akhir hayatnya jika dia di takdir kan untuk hidup lebih lama.(itu janji Jaja pada dirinya) Walaupun Jaja dikhabarkan yg Din telah syahid.
Tapi itu bukan pengakhiran kisah Jaja dan Din ya. kalau nak tahu beli dan baca sendiri ya buku ni. sanagt menarik gaya penceritaannya. Kita seolah-olah mendengar Jaja sendiri yg cerita dekat kita tau.
5 bintang utk Kak Su. ('',)
Inilah cerita Jaj yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam Din nanti?
rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sisni tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat'...
Friday, June 4, 2010
Review 4: Damai
Judul: Damai
Penulis: Saidatul Saffaa, Noor Suraya, dan Syud
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.50
Ceritera 1: Damai
Pada mulanya aku ingat Damai ni tak syok. So, aku pun baca yang lain. Dah ahbis yang lain aku pun ulang baca balik kisah ni sampai habis. Ya Allah, ayat-ayat nya sangat terkesan kat hati aku. Banyak sungguh info yang aku dapat. Ceritanya berunsur keIslaman. Empat setengah bintang aku bagi. Ya terkadang kita tak mahu langsung menoleh ke belakang. Ramai orang akan cakap buat apa toleh ke belakang itu cuma sejarah. Ya, itu memang sejarah tapi ia sejarah yang amat berguna.
Baiklah. Damai menceritakan kisah Naseema ( Nas) menjejakkan kaki ke Turki bagi menyiapkan tesisnya yang berkisat tentang Kerajaan Uthmaniyah. Dekat sana dia tinggal dengan Pakcik Fateh. Pakcik dan keluarganya sangat baik dengan Nas.
Nas dah jatuh hati dekat seorang pemuda Turki ni , Sadiq. Sadiq la orang pertama yang dia jumpa dan tolong Nas masa mula-mula sampai kat Turki. Tapi lama-lama dia Nampak keburukan Sadiq walaupun dlaam hati dia masih ada rasa sayang kat Sadiq. Nas ni sampai lari-lari dari sadiq. Dalam masa Nas lari tu lah dia mula tersedar yang dia kurang mendalami Islam. Maka dia pun berusaha untuk memperbaiki dirinya. Alhamdulillah. Saya rasa cerita ni buat kita tersedar akan tanggungjawab kita terhadap Allah dan diri sendiri.
Penamatnya sangat menarik. Tahniah kepada kak Saidatul Saffaa kerana berjaya membawa saya ke negara yang famaous dengan Aya Sofia. Terbayang-bayang keindahan tempat tu ditambah pula dengan tulip. Saya suka tulip kuning.
Ceritera 2: Yang Jauh dipulau
Comel betul cerita ni. Piyah jatuh suka dekat Piyan masa balik ke kampungnya di Langkawi. Tapi dia jadi patah hati bila tahu abang Piyan nak kahwin. Terus je dia nak balik ke Kuala Lumpur, merajuk. Selepas dua tahun, dia balik semula ke kampong , jenguk tok Piyah. Teringat kisah lama. Piyah cuba cari Piyan tapi tak jumpa. Kali ni baru dia tahu rupanya bukan Piyan yang kahwin abang dia; Robby Sugara. Sebab nama dia ni pelik maka semua org panggil dia abg Piyan. Piyah dah salah faham di sini.
Hmmm..nak tahu kesudahannya ken abaca la dulu. Semua kerana sebuah buku resepi. Selamat memasak. (‘’,)
Ceritera 3: Langit...tetap biru
Cerita ni ok juga, ceritanya berkisar cinta dalam diam. Zahra ni suka dekat Fikri Adlan ni. Tapi jejaka tu tak pernah tahu pun. Zahra suka menulis (mcm aku juga) dalam cerita kat blog dia, Zahra ada guna nama fikri sebagai watak dia. Fikri terjumpa blog Zahra.
Cerita Zahra lebih kurang sama dengan realiti Fikri. Terpana si Fikri sebentar. Kemudian mereka dapt bertemu muka. Zahra masih takut-takut, bukan apa takut kalau Fikri salah kan dia sebab cerita tu. Pelbagai peristiwa berlaku antara mereka walaupun ada yang nak mengelak dan ada yang nak mencuba.
Zahra dan Fikri bersatu atau tidak? hmmmm...anda perlu baca cerita ni.okey!
Friday, May 28, 2010
Review 3
Judul : Surat Ungu Untuk Nuha
Penulis: Noor Suraya
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM20
Masa pertama kali tengok kulit novel ni, hati teruja sangat nak beli.tambahan pula masa tu Book Fair 2010..lagi la rambang mata. Gambar muka depan dia cantik kan. Teringat saya dekat kampung halaman kat Kedah. tapi tak sama la dengan tempat dalam SUUN ni. :)
Novel ni menceritakan tentang kisah Nuha-Alang. Pada mulanya mereka berdua ni langsung tak masuk, selalu je bergaduh dan selisih faham. Tambahan alang ni agak serabut dengan rambut afronya. hehe. Alang selalu je mengusik Nuha. Nuha mmg tak suka kena usik ni. Namun, suatu tragedi telah buat Nuha rapat dan baik dengan Alang. Alang yang hilang penglihatan oleh tragedi tu membawa diri bila cintanya di tolak Nuha. Dan perpisahan tu membuatkan Nuha terasa kehilangan. Maka bibit2 CINTA itu makin merimbun dalam hati masing2.
Yang bestnye cerita ni adalah cara Alang yang sangat romantik dalam memberitahu isi hati dia walaupun diorang berjauhan. Hmm..saya suka orang yang romantik2 ni. Hee. Kat realiti ada tak mcm ni?
Apa-apa pun tahniah untuk Kak Su. Dalam citer ni ada update pasal Dr. Aqmar dan isterinya, Dara serta Dr Khalida dan Dr Zainur. watak2 ni ada dalam 'Nyanyian Tanjung Sepi'.
SELAMAT MEMBACA
Sinopsis:
Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar
"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya
Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"
Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?
kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati
dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yg satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya
Monday, May 3, 2010
Review 2: Bila Tuhan Berbicara
Judul: Bila Tuhan Berbicara
Penulis: Faisal Tehrani
ISBN: 978-983-3991-23-5
Terbitan: ameen kreatif
Harga: RM21.90
Sinopsis: (belakang buku)
Sahlan saintis yang ingin menjadi wanita. Razlan pula ekstremis agama. Sedangkan Mazlan, doktor perubatan masih terasa panas darah isteri yang baru dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan, dan letupan gunung berapi yang melanda. Apabila mereka bangun setelah tertidur beribu tahun lamanya, mereka dikejutkan dengan sebuah dunia baru yang diperintah wanita, Paduka Ratu. Novel drama ini sesekali ada kelucuannya, acapkali ditemui perbincangan separuh ringan dan sebagai naratif ia dapat mengesan jiwa. Dialog dan monolognya memberi cerminan kepada perangai manusia. Prosa segar Faisal Tehrani ini harus dimilikki.
Penulis: Faisal Tehrani
ISBN: 978-983-3991-23-5
Terbitan: ameen kreatif
Harga: RM21.90
Sinopsis: (belakang buku)
Sunday, May 2, 2010
Review 1: Nyanyian Tanjung Sepi
Judul: Nyanyian Tanjung Sepi
Penulis: Noor Suraya / Cetakan 2010
ISBN: 978-983-893-676-6
Terbitan: Creative Enterprise Sdn Bhd
Harga: RM37.90
Ini entri saya yang pertama setelah sekian lama buat blog ni. ok. Kali ini saya nak review novel di atas. Buku ni baru je saya beli tanggal 25 April 2010 di Giant Batu Cave.
Sinopsis (belakang novel ok)
Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu bersendirian? Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu?
Aqmar:
Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair.
Zainur:
Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia.
Khalida:
Kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu!
Subscribe to:
Posts (Atom)