Friday, June 4, 2010

Review 4: Damai


Judul: Damai
Penulis: Saidatul Saffaa, Noor Suraya, dan Syud
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.50




Ceritera 1: Damai

Pada mulanya aku ingat Damai ni tak syok. So, aku pun baca yang lain. Dah ahbis yang lain aku pun ulang baca balik kisah ni sampai habis. Ya Allah, ayat-ayat nya sangat terkesan kat hati aku. Banyak sungguh info yang aku dapat. Ceritanya berunsur keIslaman. Empat setengah bintang aku bagi. Ya terkadang kita tak mahu langsung menoleh ke belakang. Ramai orang akan cakap buat apa toleh ke belakang itu cuma sejarah. Ya, itu memang sejarah tapi ia sejarah yang amat berguna.

Baiklah. Damai menceritakan kisah Naseema ( Nas) menjejakkan kaki ke Turki bagi menyiapkan tesisnya yang berkisat tentang Kerajaan Uthmaniyah. Dekat sana dia tinggal dengan Pakcik Fateh. Pakcik dan keluarganya sangat baik dengan Nas.
Nas dah jatuh hati dekat seorang pemuda Turki ni , Sadiq. Sadiq la orang pertama yang dia jumpa dan tolong Nas masa mula-mula sampai kat Turki. Tapi lama-lama dia Nampak keburukan Sadiq walaupun dlaam hati dia masih ada rasa sayang kat Sadiq. Nas ni sampai lari-lari dari sadiq. Dalam masa Nas lari tu lah dia mula tersedar yang dia kurang mendalami Islam. Maka dia pun berusaha untuk memperbaiki dirinya. Alhamdulillah. Saya rasa cerita ni buat kita tersedar akan tanggungjawab kita terhadap Allah dan diri sendiri.

Penamatnya sangat menarik. Tahniah kepada kak Saidatul Saffaa kerana berjaya membawa saya ke negara yang famaous dengan Aya Sofia. Terbayang-bayang keindahan  tempat tu ditambah pula dengan tulip. Saya suka tulip kuning.

Ceritera 2: Yang Jauh dipulau

Comel betul cerita ni. Piyah jatuh suka dekat Piyan masa balik ke kampungnya di Langkawi. Tapi dia jadi patah hati bila tahu abang Piyan nak kahwin. Terus je dia nak balik ke Kuala Lumpur, merajuk. Selepas dua tahun, dia balik semula ke kampong , jenguk tok Piyah. Teringat kisah lama. Piyah cuba cari Piyan tapi tak jumpa. Kali ni baru dia tahu rupanya bukan Piyan yang kahwin abang dia; Robby Sugara. Sebab nama dia ni pelik maka semua org panggil dia abg Piyan. Piyah dah salah faham di sini.

Hmmm..nak tahu kesudahannya ken abaca la dulu. Semua kerana sebuah buku resepi. Selamat memasak. (‘’,)

Ceritera 3: Langit...tetap biru

Cerita ni ok juga, ceritanya berkisar cinta dalam diam. Zahra ni suka dekat Fikri Adlan ni. Tapi jejaka tu tak pernah tahu pun. Zahra suka menulis (mcm aku juga) dalam cerita kat blog dia, Zahra ada guna nama fikri sebagai watak dia. Fikri terjumpa blog Zahra. 

Cerita Zahra lebih kurang sama dengan realiti Fikri. Terpana si Fikri sebentar. Kemudian mereka dapt bertemu muka. Zahra masih takut-takut, bukan apa takut kalau Fikri salah kan dia sebab cerita tu. Pelbagai peristiwa berlaku antara mereka walaupun ada yang nak mengelak dan ada yang nak mencuba.

 Zahra dan Fikri bersatu atau tidak? hmmmm...anda perlu baca cerita ni.okey!

No comments: