Sunday, September 4, 2011

FHS :Cabaran 50 Buku : (6) GRRR…GERAMNYA



FHS :Cabaran 50 Buku : (6) GRRR…GERAMNYA
Tajuk: GRRR…GERAMNYA
Pengarang: Feeza
Penerbit: Jemari Seni
Muka surat: 527 muka

Blurb belakang novel:

Senario 1:
Gaji awak naik berapa?’
“Cukup makan aje,” jawab Chan dengan nada sedih.
Yahuuu!!! Kalau bernada sedih pasti kenaikan gaji Chan lebih rendah daripada aku.
“Tahulah sikit. Tapi berapa?”
“Lima belas peratus aje”. Chan menjawab soalan aku dengan nada bersahaja.
“Apa???”

Senario 2:
Selepas sejam aku keluar ke ruang m enungg untuk bertanya. “ Lama lagi ke?”Grrr…aku menahan marah.
“Oh, maaf. Mr. Mai masih di KL,” jawab Fiona.
Empat jam kemudian. “Cik Sheila di mana? Mr. Mai sudah sampai.”
Hah! Baru nak sampai? Kalaulah aku ni pecah ketuban sebab nak beranak sudah lahir bayi aku.
Ila sentiasa marah. Ila sentiasa grrr… peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serba tak kena. Yang betul Nampak salah. Yang salah sudah tentunya salah.
Suatu hari…
“Hello, saya Firdaus.” Dengan beraninya lelaki itu memperkenalkan dirina.
“Kerja di mana?”
Nak jawab apa? Nak mengaku menganggur malu. Nak tipu takut kantoi. Nak mereka-reka cerita aku tak mahir.
“Maaf. Saya nak jumpa kawan kejap.” Aku minta diri dengan sopan. Alasan saja tu.
……………………………………………………………………

Sheila

Sheila berkhidmat sebagai officer di LanHua Corporation (M) Sdn Bhd.Dia merupakan seorang pekerja yang berdedikasi dan rajin. Namun, hujan di tengah hari membuat kan Sheila berhenti kerja. Di sebabkan geram dengan tindakan majikannya menaikkan  peratusan gajinya kurang dari pekerja yang lain membuatkan Sheila menulis surat perletakan jawatan. Surat itu di hantar oleh Chan yang agak penyibuk orangnya kepada Mr Lee. Akibat tidak mahu menjilat balik ludah, Sheila mengemaskan barang dan meninggalkan pejabat walaupun Mr Lee memujuknya untuk tidak berhenti.  
Sheila merupakan seorang wanita yang kurang penyabar. Jika pada pandangannya sesuatu perkara itu tidak betul maka tidak betul lah perkara itu. Walaupun sebenarnya perkara itu betul jika di lihat dari sudut pandangan yang lain. Pada Sheila sesuatu perkara itu hanya perlu di lihat dengan satu pandangan sahaja iaitu ‘Pandangan seorang Sheila sahaja’. Suatu kejadian telah menggerakkan hati seorang Sheila untuk berubah. Apakah peristiwa itu?

Firdaus

Hadir dalam hidup Sheila sebagai PI. Akhirnya mereka menjadi kawan. Sheila senang berbual dengan Firdaus. Firdau sentiasa ada apabila Sheila memerlukan pertolongan atau sebagai seorang pendengar luahan rasanya.

Komentar saya:

Pada pendapat saya, Grrr…geramnya merupakan sebuah karya yang menggunakan kata ganti diri pertama dalam penceritaannya. Sheila seperti bercerita tentang dirinya kepada diri kita,lalu kita senang untuk memahaminya. Feeza seorang penulis baru mengangkat isu pemarah, baran, lewa atau lalai dan tidak/kurang sabar dalam karyanya. Ya, sebagai manusia kita tidak terlepas dari sikap ini bukan? Acapkali kita meradang tak tentu pasal tanpa bersoal selidik terlebih dahulu.  Grrr…geramnya membawa kita menelusuri peristiwa-peristiwa yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Grrr…geramnya mempunyai plot cerita yang amat panjang sebelum sampai kepada klimaksnya. Namun, jangan lekas bosan kerana kejadian dan peristiwa dalam cerita ini mampu memberi iktibar kepada kita.
Kita lekas menuding jari kepada orang lain apabila sesuatu perkara itu tidak senang di mata kita. Pada hal kita tidak pernah memikirkan sedalam-dalamnya sebab musabab sesuatu peristiwa itu berlaku. Sepatutnya kita bermuhasabah diri. Seperti Sheila yang sentiasa merasakan dirinya sahaja yang baik dan betul. Pada Sheila –Mas tidak baik tapi dia lupa yang dia juga bukan hambaNYA yang taat. Sheila sering melupakan Yang Esa. Tepuk dada tanya iman. Mahukah kita menjadi seorang yang tidak bersyukur dengan nikmatNYa?

Saya juga terkesan dengan isu ini. Akhir-akhir ini saya cepat marah. Dan bila seorang diri saya bermuhasabah. Saya bertanya pada diri mengapa api kemarahan itu cepat timbul? Saya telah mendapat jawapannya. Mungkin terlalu sibuk dengan dunia membuat saya kurang berlama-lama di tikar sejadah, solat di hujung waktu, pemilihan kawan juga penting. Jagalah hubungan dengan Allah dan ibu bapa. Banyakkan beristighfar. Semoga sekeping hati itu cepat sejuk.

Ketika marah;
Jika sedang berdiri duduklah
Jika sedang duduk berbaringlah
Jika masih belum kurang berwudhuk lah
Kerana air wudhuk itu pemadam api syaitan