Sunday, February 6, 2011

Review 6: Jet Jonah


Judul: Jet Jonah
Penulis: Ika Madera
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21

Sinopsis Belakang Novel:

London, 2007
 "Tak ada apa pelan!'
 'Whoaaa whoaaa, kau dah suruh aku bangun pagi-pagi datang ke sini! terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!'
 'Habis tu?
 ' Kita pergi jalan-jalan!' uusl Jet
 'Ahah! Biar Kapten jet jadi pemandu pelancong anda hari ni ya?'
 Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala suara Captain Planet pula. Kertun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahulu!

Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudiikan hati itu ke hati ini!


1 Syawal, 1428

Cantiknya Jonah berbaju kurung merah jambu. cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. rupanya, hati Ikhwan yg dipautnya.
  'Izzat, dengar tak apa emak cakap ni? Senyap saja kamu?'
 'Tak dengar. Maaf, Izzat penat sangat rasanya.'
 'Hmm...berehatlah. tak pergi ke mana-mana ke hari ini?
 ' Rumah Kak Melati tadi'
 ' Ohhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?'


Sihatlah emak! Orang lain bahagia bercinta, anak emak yang merana sekarang ini!




::Pada pendapat aku, novel ni lawak dan penuh dengan kasih sayang. kadang-kadang kita rasa tak dak orang boleh terima kita seadanya. Allah itu Maha Kaya setiap insan di lahirkan untuk di cintai dn di sayangi. Hanya org yg mampi berfikir sedalamnya dan melihat pada sisi lain yg orang lain tidak bisa melihat sisi itu. Maka cinta dan kasih sayang itu menjadi unik.
Dalam novel juga ada menyentuh serba sedikit ttg persediaan kita sebagai seorang hamba agar sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu agama. Kerana ilmu agama itu penting utnuk mendidik jiwa, mendidik isteri, dan anak-anak. Tak kira lah siapa pun kita, peranan sebagai seorang hamba tak pernah lari untuk mendalami ilmu agama demi mendekatkan diri kepada ILAHI.

Selamat datang kepada Ika Madera.



1 comment:

Anonymous said...

Salams,

selalu membaca kritikan tanpa mengomen, tapi entah kenapa yang ini terpanggil untuk meninggalkan jejak :)

terima kasih atas review anda, sangat menarik, pada saya, review yang lain dari yang lain. Terima kasih juga kerana membaca..

ika