Kita telah terlalu lama membuang masa dan merana... |
FHS :Cabaran 50 Buku : (4) Keranamu Ain
Tajuk: Keranamu Ain
Pengarang: Noor Suraya
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. Bhd
Muka surat: 273 muka
Ringkasan belakang novel:
Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan
kadang-kadang terlalu sensitive tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insan dalam
dunia dengan gayanya yang tulen. Anggun dalam darjahnya yang tersendiri. Indah
dalam peribadinya yang sempurna...
…………………………………….
Ain
Najwa
Dia
seorang gadis polos namun punya karismanya yang tersendiri. Dia seorang gadis
yang tabah walaupun kehilangan bapa tercinta ketika zaman persekolahan dan ibu
ketika tahun pertama di universiti. Biarpun sebatang kara, dia masih punya
Maisarah teman rapatnya zaman persekolahan hingga sekarang. Dalam hatinya juga
ada seorang insan yang bertakhta dalam hatinya. Namun rahsia itu kejap
tersimpan jauh dilubuk hati seorang Ain Najwa. Bekerja di Baki Publishing pada
mulanya perit bagi Ain berhadapan dengan Haris-anak bos yang prejudis terhadap
wanita selepas pengalaman yang di lalui. Ain Najwa tetap bertahan kerana Pak
Baki majikannya dan isterinya Puan Aisyah menganggap dia sebahagian keluarga
besar mereka. Tambahan pula mereka merupakan kenalan lama ayah Ain. Ain sering
dilimpahi kasih sayang mereka sekeluarga. Adakah Haris termasuk dalam memberi
kasih dan sayang kepada seorang Ain Najwa?
Haris
Haris
anak bongsu Pak Baki punya seorang anak perempuan-Farah. Dia ditinggalkan
Nurlaila yang memilih lelaki lain sebagai suaminya. Luluh hati Haris lalu
menutup hatinya terhadap wanita. Namun kehadiran si manis Ain Najwa sedikit
demi sedikit membuka hatinya untuk wanita kembali. Ya, Nurlaila pilihan Haris;
Zura pilihan mak-Puan Aisyah; dan Ain Najwa pilihan Haris dan Mak. Sudikah Ain
Najwa menerima Haris sebagai teman hidup?
Komentar saya:
Pada
hemat saya novel ini menyentuh hati perempuan saya. Ain Najwa itu seperti diri
saya pada bahagian yang tertentu. Ya bahagian yang menyimpan rahsia dan suka
menulis itu. Baiklah, dalam novel ini Ain menonjolkan watak yang tabah, sabar
dan seorang yang mudah mengalah demi orang yang dia sayang. Biarpun hati Ain
melara, namun demi Maisarah sahabat baiknya cintanya pada Adam di pendam jauh
ke lubuk hati yang dalam.
Selain
itu, novel ini ada menceritakan serba sedikit sikap Haris yang terlalu prejudis
terhadap wanita selepas di tinggalkan Laila. Seharusnya sebagai insan kita
perlu bersangka baik dengan insan yang berada di sekeliling kita. Jangan kita
terus mengadili atau melabel seseorang yang pertama kali bertemu dengan kita
berdasarkan pengalaman lalu .
Novel
Keranamu Ain ini pasti menyentuh hati wanita yang semestinya lembut, sensitif
namun pemaaf dan bertimbang rasa. Insan yang bergelar lelaki juga tidak rugi
membaca novel ini supaya lebih memahami wanita.
Selamat Membaca
^_^
No comments:
Post a Comment