FHS :Cabaran 50 Buku : (7) Dikau
Tak Pernah Jauh
Tajuk: Dikau Tak Pernah Jauh
Pengarang: Nur Hatija
Penerbit: Jemari Seni
Muka surat: 427 muka
ISBN: 978-967-5118-69-2
Sinopsis belakang novel:
Letaklah Allah pada cinta yang paling utama.
Cinta terhadap manusia tidak salah tetapi biarlah selari dengan kehendak agama…
Apakah erti cinta?
Cinta hanyalah omong kosong pada yang tidak sanggup berkorban demi cinta!
Kerana cinta Fadhil meninggalkan kebahagiaan dunia dan belajar hidup
zuhud.
Kerana cinta, Halina sanggup kehilangan kasih anak-anak.
Kerana cinta, Firdaus tenggelam dalam pelukan dunia; dan kerana cinta
akan Firdaus, Mardhiah sabar menunggu.
“Janji
dengan saya, awak akan tunggu saya,” ucap Firdaus.
“Awak
pun berjanji dengan saya. Jangan pernah melarikan diri daripada saya,” balas
Mardhiah.
Tapi, kenapa kini Firdaus jadi lupa pada kata-kata yang pernah dia
ucapkan dahulu? Mampukah merekan kenal erti cinta sebenar? Mampukah mereka
berkorban demi mencari nikmat cinta itu?
Komentar saya:
Pada pandangan
saya, novel Dikau Tak Pernah Jauh
mengangkat nilai keikhlasan terhadap
setiap perbuatan kita. Jangan kita berbuat sesuatu kebaikan itu untuk mengambil
hati orang lain. Tapi lakukan ia kerana Allah.
Baiklah di sini
saya ingin bercerita sedikit tentang watak yang terdapat dalam novel ini.
Firdaus seorang anak yang taat kepada ayahnya. Setiap perkara baik yang di
suruh dan di ajar oleh ayahnya dilakukan.
Terkadang Firdaus tertanya-tanya juga kelebihan setiap perlakuan yang di
anjurkan ayahnya. Ayahnya sentiasa tahu setiap yang bermain di fikiran anaknya.
Dia akan menjelaskan dengan baik kepada anak-anaknya. Namun, semua itu berubah
setelah ayah dan adiknya meninggal dunia. Bertemu ibu yang telah terpisah lama
di tambah dengan kehidupan yang serba senang membuat Firdaus tersasar. Untuk mengetahui kesudahannya kawan-kawan
kena lah beli novel ni.
Cuma di sini saya
ingin mengatakan bahawa setelah Firdaus berubah setelah melalui liku hidup yang
tersasar itu, dan melalui suatu peristiwa. Dia mula menilai kembali keikhlasan
hatinya dalam setiap perkara yang dia telah lakukan sebelum ini. Dan ternyata
Allah itu tidak pernah melupakan hambaNYA malah hambaNYA lah yang sering
melupakanNYA. Sejajar dengan tajuknya Dikau Tidak Pernah Jauh, Allah menghantar
insan lain untuk membantu kita memperbetulkan keadaan diri kita yang khilaf
ini.
Oleh itu, jangan
kita pernah merasakan Allah itu jauh. Dekatkan lah diri kita denganNYA, jadilah
kekasihNYA. Apabila kita dekat dengan Allah maka orang lain juga akan mendekat
dengan kita. Seperti aura kasih sayang bukan? Jadi tepuk dada tanya iman.
^_^ Selamat
membaca!
No comments:
Post a Comment